Monday, December 2, 2013

21 Ogos 2013, haah! Berdebar rasanya menanti tarikh itu. Tarikh berhantu bagi aku sepanjang hidup aku. Sejenak mindaku melayang memikirkan beratnya untuk aku lepaskan amanat ini. Namun, semua itu cuma rintihan di ruang jiwa kosongku. Barangkali, telahku dalam hati. Empat hari lagi bakal ku tempuhi. Bersiap sedia dengan segala persoalan yang bakal dilontarkan nanti. Sambil itu aku terus menyiapkan kerja-kerja yang berbaki. Kelihatan sahabat-sahabat sejentera denganku juga sibuk dengan tugas masing-masing. Tapi kami selalu ada masa untuk duduk bersama dan bergelak ketawa. Itu yang bestnya kami, sibuk macam mana pun pasti ada masa untuk duduk melepak dan mengeteh bersama. 
 
Rupanya masih banyak kerja-kerja aku yang tertangguh sebelum ini. Haaah habislah aku! Aku nak jawab apa nanti, kalau depa Tanya kerja aku? Monolog aku dalam hati. Allah..maafkan aku sekiranya aku tidak menjalankan amanat ini dengan sebaiknya. Memegang tampok pimpinan sebagai Ketua Badan Penerangan dan Penerbitan pada sesi ini banyak mengajar aku erti berukhuwah dalam persatuan. Dan hidup dalam dunia berpesatuan ini sememangnya sibuk dan ada tikanya jiwaku sunyi dan kelam, sekali pun ianya sebuah perjalanan yang panjang menuju kemenangan namun terkadang sebagai insan yang lemah ini aku terpaksa menahan perit yang bertakung dalam jiwa. Namun itulah kemanisan sebenarnya. Berukhuwah dengan sahabat pimpinan yang lain dibawah satu bumbung persatuan yang kami sanjungi. Satu perkataan yang aku sentiasa ingat iaitu MUJAHADAH dalam "gerak kerja" ini. MUJAHADAH! 

Pagi itu seusai solat subuh berjemaah aku terus ke kamar aku. Sedang yang lain dengan kerja masing-masing, aku sibuk menggosok baju coart aku untuk dipakai dalam majlis nanti. Majlis formal dan berprotokol kenalah menyemart sikit. Aku mengenakan baju rasmi bewarna purple yang kami selaraskan.  Agak riuh dan kelam kabut pagi itu. Masing –masing sibuk membuat persiapan untuk majlis sebentar lagi. Sebuah majlis yang diberi nama MESYUARAT AGUNG TAHUNAN bakal berlangsung sebentar saja lagi. Ku kerling jam di dinding menunjukkan hampir pukul 6.00 pagi. Hatiku mula gelisah.    

No comments:

Post a Comment