Tuesday, December 28, 2010

..:..Jauhi Riak dalam Diri..:..



~Renungan Bersama~


Rasullullah sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:

"Sesungguhnya yang aku paling takutkan atas kamu sekalian ialah syirik kecil, yaitu riak. Allah berfirman pada hari kiamat, tatkala memberikan balasan terhadap amal-amal manusia, ‘Pergilah kepada orang-orang yang dulu kamu berbuat riak di dunia, lalu lihatlah apakah kamu mendapatkan balasan bagi mereka?"





[HR. Ahmad 5/428, 429, sahih].


Monday, December 27, 2010


Akal setipis rambutnya
Jangankan lelaki biasa..
Nabi pun terasa sunyi tanpa insan bernama wanita..
Tanpa mereka..
Hati,fikiran dan perasaan lelaki akan resah.
Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya.
Apa yang tiada di syurga..
Namun Nabi Adam tetap rindukan Siti Hawa
Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu,isteri atau puteri...

Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok..
Untuk diluruskan oleh lelaki,tetapi..
Sekiranya lelaki sendiri yang tidak lurus..
Tidak mungkin mampu untuk meluruskan mereka,
Tidak logik kayu yang bengkok,
Menghasilkan bayang-bayang yg lurus..
Luruskanlah wanita dangan cara yang ditunjukkan Allah.
Kerana mereka diciptakan sedemikian rupa olehNya..
Didiklah mereka dengan panduan dariNya..

Jangan cuba jinakkan mereka dgn harta..
Nanti mereka semakin liar,

Jangan hiburkan mereka dgn kecantikan..
Nanti mereka semakin menderita,

Akal setipis rambutnya..tebalkan dgn ilmu..
Hati serapuh kaca ..kuatkan dgn iman...
Perasaan selembut sutera...hiasilah dgn akhlak..


Wednesday, December 22, 2010

Tautan Hati,Ukhuwwah Terjalin

KEM IMTIYAZ ANAK SOLEH(KIAS)SIRI KE-3 SAHSIAH TERPUJI

Assalamualaikum..
Alhamdulillah,syukur..kali ni Allah pertemukan lagi ana di KEM IMTIYAZ ANAK SOLEH(KIAS) di Darul Hikmah Kuala Nerang pada 18-21 Disember 2010 pada siri ke-3 setelah selesai siri ke-2 pada 14 Dis..pada siri ke-2 yg lalu ana berkesempatan berprogram bersama ustaz2 dari sek agama yayasan khairiah yang hebat2 blaka iaitu ustaz ismail dan ustaz yusuff tak lupa kpada sahabat ana syameel MMAS yang pda mulanya dia lah yang mngajak ana utk sertai KIAS sbagai fasilitator..agak kekok pada mulanya..alhamdulillah ana dpt mnyesuaikan dri jga..
pada 18 Dis ana dipertemukan lagi di Darul Hikmah bersama2 sahabat2 fasilitator yg juga hebat utk ana meneruskan perjuangan yang pastinya belum slesai..barisan fasilitator muslimin yang terdiri drpd 8 org iaitu abg syukri KUIN,abg Fikri KUIN,abg Muhammad KUIN,dan sahabat2 seperjuangan drpd maktab mahmud iaitu Amirul MMAS, Naim MMAS, Zuleffendi MMPS, Hawari MMPS dan ana sndri..mnakala barisan fasi Muslimat terdri drpda 7 org(maaf x igt nma depa..ada yg igt tp xpe lah ana rahsiakan dlu nama mreka..hehe)..
disini kami melaksanakan niat dan tujuan asal kami iaitu mentarbiah diri dan para pesrta yang dahagakan ilmu agama yg seramai 27 orang itu..selama 4 hari kami lalui bersama..Terlalu banyak perkara dan peristiwa yang berlaku pada sepanjang kami berada di Darul hikmah,ada yang suka namun tidak kurangnya juga ada yang duka..
banyak perkara yang ana pelajari di sini bersama adik2 pserta..
adik-adik,abg2 n kakak2 harapkan kejayaan adik smua..adik2 jga ingatlah ukhwah antra kita..sntiasalah mendoakan abg2 dan kakak2 tetap tabah dalam kerja tarbiah kami ini..slepas ini,gliran adik2 pula utk mnyambung perjuangan kami..mOga hari2 mendatang kita berjumpa lagi..Insya-Allah,Amieeeeeeeeen..


Alhamdulillah dengan kekuatan yang diberikan oleh Allah s.w.t masih lagi diri yang hina dan lemah ini bertahan sehingga ke hari ini insyaAllah.


msa pndaftaran




senyuman seindah suria..


pesrta yang happy2 blaka

riadhah-akal sihat drpd badan yg sihat

makan...

sesi pembentangan tugasan

suapan ukhwah antara pserta


ustaz syafie(pngarah program)

explorasi minda

gelagat pserta smasa explorasi minda

ukhwah terbina antara abg2 dgn para pserta
time pndaftaran pserta

Tanda Kemanisan Iman

Kemanisan Iman
Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Ada tiga hal, yang jika tiga hal itu ada pada seseorang, maka dia akan berasakan manisnya iman. (Iaitu) Allah dan Rasul-Nya lebih dia cintai daripada selain keduanya; mencintai seseorang, dia tidak mencintainya kecuali kerana Allah; benci untuk kembali kepada kekufuran selepas Allah menyelamatkan darinya, seperti bencinya jika dicampakkan ke dalam api.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim dari Anas bin Malik ra)
Berdasarkan hadis ini, ada tiga sifat yang jika ada pada seseorang maka orang itu akan berasakan manisnya iman. Manisnya iman adalah rasa nikmat ketika melakukan ketaatan kepada Allah, ketenangan jiwa, kesenangan hati dan lapangnya dada.
Al-Imam Ibn Hajar al-Asqalani berkata, “Syaikh Abu Muhammad bin Abu Hamzah berkata: “Pengungkapan dengan lafaz ‘manis’ kerana Allah mengumpamakan iman seperti pohon, seperti di dalam firman-Nya bermaksud: “Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimat yang baik seperti pohon yang baik.” (Surah Ibrahim, ayat 24)
Kalimat yang baik adalah kalimat ikhlas, kalimat tauhid, sedangkan pohon adalah pokok daripada keimanan, cabangnya adalah menjalankan perintah dan menjauhi larangan, daun-daunnya adalah segala amal kebaikan yang harus diperhatikan seorang mukmin, dan buahnya adalah tingkatan Ihsan dalam kerja-kerja amal yang dilakukan yang dirasai di sebaliknya pemerhatian Allah .
Manisnya buah pula amat dirasai ketika buah sudah cukup tua bersedia untuk dinikmati.
Mencintai Allah mestilah melebihi cintanya kepada orang lain seperti orang tua, anak, diri sendiri dan sesiapa saja yang dekat dengan kita. Beriman kepada Allah memiliki rasa manis yang tidak mungkin dinikmati, kecuali oleh orang yang beriman dengan sebenar-benar keimanan, penuh keikhlasan dan ilmu.
Oleh kerana itu, tidak semua orang yang mengatakan dirinya Muslim atau mukmin secara automatik dapat berasakan manisnya iman. Iman bukan cukup hanya dengan angan-angan, tetapi wajib dimantapkan dalam hati, dikuatkan dengan perkataan dan perbuatan yang dijiwai sepenuh hati. Kata kunci segala permasalahan ini adalah ikhlas, dan ikhlas pula adalah hadian dianugerahi pada hamba yang bersih hatinya.
Mengikut Ibrahim al-Khawas , proses pembersihan hati berlaku melalui langkah-langkah berikut :
- Membaca al-Quran dengan merenungkan dan memahami maknanya.
- Qiyamullail .
- banyak beristighfar .
- Berkawan dengan orang yang jujur mencintai Allah dan orang salih.
- Kurangkan makan .
Mencintai Rasulullah SAW yang menyusul selepas mencintai Allah adalah ciri terpenting yang harus dimiliki siapa saja yang ingin berasakan kelazatan iman.
dalam sebuah hadith yang sahih Saidina Umar al-Faruq pernah berkata kepada Nabi SAW: “Wahai Rasulullah, sungguh engkau lebih aku cintai daripada segala sesuatu apa pun, kecuali diriku.” Maka Nabi SAW menjawab, “Bukan begitu, demi zat yang jiwaku berada di tangan-Nya, sehingga aku lebih engkau cintai daripada dirimu sendiri.” Maka Umar menjawab, “Demi Allah, sesungguhnya engkau sekarang lebih aku cintai daripada diriku sendiri.” Maka Nabi SAW menjawab, “Sekarang Umar, (telah sempurna imanmu).”
Al-Syaikahani meriwayatkan dari Anas r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak beriman salah seorang di antara kalian, sehingga aku lebih dia cintai daripada orang tuanya, anaknya dan seluruh manusia.”
menurut Dr Aish al-Qarniy dalam kitabnya Rahmatan Lil Alamin, antara cara mencintai Nabi SAW:
- Beriman bahawa Muhammad SAW adalah utusan Allah, yang diutus kepada seluruh umat manusia, sebagai pemberi peringatan dan khabar gembira, sebagai penyeru ke jalan Allah dengan pembawa cahaya kebenaran.
- Menjalankan perintah Baginda dan menjauhi larangannya.
- Memperjuangkan sunnahnya, mengamalkan dan menyebarkan
- Banyak berselawat dan bersalam kepada Rasulullah SAW.
- Mencintai sahabat dan kaum kerabat Baginda dan membela mereka.
- Mengkaji perjalanan hidup dan sirah Baginda
Mencintai seseorang kerana Allah maksudnya menjaga hubungan kasih sayang antara seorang Muslim dengan saudaranya atas landasan iman kepada Allah SWT dan amal soleh.
Kita mencintai saudara kita bukan kerana keuntungan kebendaan atau harta, kita membencinya atau menjauhinya bukan kerana kemiskinan atau tidak memperoleh manfaat dunia darinya. Ukuran kecintaan kita kepadanya adalah atas dasar iman dan amal salih.Tanda mencintai seseorang muslim juga ialah menolongnya pada saat dia memerlukan bantuan, tidak membuka aib, tidak membenci, tidak iri dan dengki terhadap nikmat yang diberikan Allah kepada saudara kita.
Selain itu kita juga hendaklah mendoakan buat saudara kita tanpa pengetahuannya dan mengucapkan salam jika bertemu, bertanya khabar keadaannya, tidak berkelakuan sombong kepadanya.

Thursday, December 2, 2010

GENERASI MAAHADI MENGGEGAR DUNIA ISLAM!!!!

kami gnerasi maahad yg pertama 2005
~huhu~

mmps menjana ummah islamiah

-antara prgram anjuran pertinam,QIAMULLAIL-