Monday, December 27, 2010


Akal setipis rambutnya
Jangankan lelaki biasa..
Nabi pun terasa sunyi tanpa insan bernama wanita..
Tanpa mereka..
Hati,fikiran dan perasaan lelaki akan resah.
Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya.
Apa yang tiada di syurga..
Namun Nabi Adam tetap rindukan Siti Hawa
Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu,isteri atau puteri...

Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok..
Untuk diluruskan oleh lelaki,tetapi..
Sekiranya lelaki sendiri yang tidak lurus..
Tidak mungkin mampu untuk meluruskan mereka,
Tidak logik kayu yang bengkok,
Menghasilkan bayang-bayang yg lurus..
Luruskanlah wanita dangan cara yang ditunjukkan Allah.
Kerana mereka diciptakan sedemikian rupa olehNya..
Didiklah mereka dengan panduan dariNya..

Jangan cuba jinakkan mereka dgn harta..
Nanti mereka semakin liar,

Jangan hiburkan mereka dgn kecantikan..
Nanti mereka semakin menderita,

Akal setipis rambutnya..tebalkan dgn ilmu..
Hati serapuh kaca ..kuatkan dgn iman...
Perasaan selembut sutera...hiasilah dgn akhlak..


No comments:

Post a Comment